Saturday, November 3, 2007

PROFILE PERTUBUHAN.

1.Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ghazaliatul Aishiah Kati ini pada mulanya dikenali sebagai Asrama Anak-Anak Yatim Kati.

2.Ditubuhkan pada 2hb.Jan.1977 oleh Allahyarham Hj.Ahmad b.Hj.Abd.Razak yangmana pada masa itu meneruskan hasrat ayahandanya Hj.Ghazali(meninggal pada 1975)untuk
menubuhkan rumah anak-anak yatim.Pada masa itu penghuni asrama ini hanya 28orang terdiri dari lelaki sahaja.

3.Setelah Allahyarham Hj.Ahmad meninggal(18.Ogos.2004) asrama ini diuruskan oleh anak beliau Khairul Azhar b. Hj.Ahmad dibantu oleh ibunya Pn.Jamaliah bt.Nordin.

4.Dalam usaha untuk menjamin kebajikan warga di sini pihak pentadbiran telah bertindak mendaftarkan pertubuhan ini (kini dalam proses).

5.Sehingga kini warga di sini seramai 67orang(30orang lelaki dan 37orang perempuan).Kebanyakannya di sekolah menengah.

6.Warga di sini kebiasaanya menghadiri kelas fardu ain pada waktu petang dan kelas Al-Quran pada sebelah malamnya.

7.Tenaga pengajar di sini ialah Ustaz Mustafa b.M.Nor,Ustaz Zamzamir Fikri b.Ahmad,Ustaz Shuib b.M.Zain,Ustazah Fatimah bt.Osman dan Ustazah Rosidah bt.Osman.

8.Perbelanjaan mengurus keseluruhan dianggarkan RM8000(lapan ribu)sebulan.

2 comments:

Anonymous said...

dr maner dtgnya duit RM8k/month..?cik azhar tggg smua..?

uglyDuck said...

iyer la kot..rsnya cik azhar tu ada buat bisnes sndr..